Amalan Komersial yang Dilarang

Butiran dasar

LOG PERUBAHAN
Rasional Dasar
Kami berhasrat untuk melindungi pengguna dan perniagaan daripada ditipu dari segi wang, harta atau maklumat peribadi mereka. Untuk berbuat demikian, kami melarang kandungan dan tingkah laku yang menggunakan amalan komersial yang dilarang. Ini termasuk tawaran pekerjaan palsu atau program kerajaan, umpan selebriti dan jenama, skim pelaburan (termasuk pulangan yang dijamin), skim pelepasan hutang dan pembaikan kredit, skim cepat kaya dan hadiah percuma, skim percintaan dan skim amal.
Kami membenarkan orang meningkatkan kesedaran, mendidik orang lain serta mengutuk scam dan amalan komersial lain yang dilarang, dengan syarat mereka tidak mendedahkan maklumat sensitif atau mempromosikan perkara tersebut.
Untuk dasar yang berkaitan dengan Dokumen Terlarang dan Perkhidmatan Kewangan, lihat Standard Komuniti Barangan dan Perkhidmatan Terhad.
Penguatkuasaan kami tidak sempurna dan kami mungkin tidak mengesan semua pelanggaran dasar. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mengesan kandungan yang memperdaya dan perkara yang boleh anda lakukan untuk melindungi diri anda, lawati Pusat Perlindungan Scam kami.
Penguatkuasaan
Kami boleh mengambil pelbagai tindakan penguatkuasaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada mengalih keluar kandungan dan iklan, mengurangkan pengedaran, mengehadkan akaun pengiklanan, mengehadkan ciri, memerlukan penentusahan atau mengenyahdayakan akaun. Tindakan ini mungkin disebabkan oleh pengesanan proaktif kami sendiri atau dimaklumkan oleh laporan daripada entiti yang dipercayai dan maklum balas pengguna (diterangkan di bawah).
Maklum Balas Pengguna
Maklum balas pengguna membantu kami mengenal pasti amalan komersial yang mewujudkan pengalaman pengguna yang buruk. Kami mempertimbangkan isyarat seperti corak yang konsisten atau jumlah maklum balas negatif yang tidak seimbang dan kami berkongsi maklum balas yang relevan dengan pengiklan dan penjual supaya mereka boleh menambah baik kandungan dan kepuasan pelanggan mereka. Jika maklum balas negatif berterusan walaupun terdapat amaran, kami boleh mengambil tindakan di atas, termasuk sehingga mengehadkan atau mengenyahdayakan akaun atau entiti yang bertanggungjawab. Hal ini termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap amalan seperti:
  • Penentuan harga yang mengelirukan atau tidak munasabah.
  • Tiada penghantaran: kegagalan menghantar produk atau perkhidmatan yang dibeli selepas pembayaran dibuat.
  • Gambaran produk yang salah: mempromosikan produk atau perkhidmatan yang berbeza daripada yang diiklankan, termasuk percanggahan kualiti yang ketara atau item yang salah.
  • Caj tidak dibenarkan: mengecaj kaedah pembayaran pelanggan tanpa kebenaran awal atau penyataan yang jelas.
  • Pelanggaran dasar pengembalian atau bayaran balik: kegagalan untuk menghormati dasar bayaran balik atau pengembalian yang dinyatakan.
  • Amalan langganan yang memperdaya: mendaftarkan pelanggan dalam pelan pembayaran berulang atau perkhidmatan langganan tanpa penyataan terma yang jelas.
  • Pautan yang kelihatan membawa ke laman komersial yang sah tetapi sebaliknya membawa ke laman scam.
Kami tidak membenarkan:
Kandungan yang menggunakan taktik penipuan untuk mengelirukan orang atau perniagaan demi keuntungan komersial atau kewangan, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Kandungan Pinjaman Wang yang Dilarang
Ini termasuk:
  • Tawaran pinjaman yang memerlukan pengguna membayar yuran pendahuluan untuk mendapatkan pinjaman.
  • Tawaran pinjaman yang menjamin kelulusan tanpa menyebutkan kriteria kelulusan standard, seperti maklumat kewangan daripada peminjam.
Kandungan Perjudian yang Dilarang
Ini termasuk:
  • Menawarkan perkhidmatan perjudian wang sebenar (“Wang sebenar” ialah mata wang dunia nyata yang boleh digunakan untuk membeli barangan atau perkhidmatan di dunia nyata, termasuk mata wang negara seperti Dolar A.S. dan mata wang maya seperti Bitcoin):
    • dengan jaminan kemenangan.
    • membayangkan atau mengakui telah menipu keputusan permainan atau perlawanan
    • meminta orang agar mendayakan penentuan perlawanan atau mencari bantuan atau petua tentang cara menentukan keputusan perlawanan atau permainan
    • mempromosikan perkhidmatan perjudian dengan cara yang mengelirukan atau samar (seperti teks yang tidak berkaitan yang digandingkan dengan imej/video promosi perjudian)
  • Tawaran yang mempromosikan perkhidmatan daripada vendor perjudian yang diketahui melakukan penipuan.
Permainan kasino sosial yang meniru perjudian tanpa peluang untuk memenangi wang sebenar tertakluk oleh Standard Komuniti untuk Barangan dan Perkhidmatan Terhad kami.
Kandungan Pelaburan yang Dilarang
Ini termasuk:
  • Tawaran peluang pelaburan yang menyatakan pulangan pelaburan adalah dijamin atau bebas risiko.
  • Menawarkan peluang pelaburan yang menyatakan pulangan pelaburan atau pampasan adalah sebahagian atau sepenuhnya berasaskan perekrutan orang lain untuk menyertai skim ini.
  • Tawaran peluang pelaburan yang mendakwa atau merujuk prestasi atau pulangan terdahulu yang berjaya untuk mewujudkan jangkaan hasil masa depan yang serupa.
  • Tawaran peluang pelaburan yang mendakwa pulangan yang cepat (seperti dalam masa kurang daripada 24 jam).
  • Menawarkan penukaran sejumlah wang tertentu kepada jumlah yang lebih besar melalui penggandaan atau helah atau strategi yang melibatkan sebutan “penggandaan tunai,” “penggandaan wang,” secara jelas atau istilah yang serupa.
Kandungan Amal yang Dilarang
Ini termasuk:
  • Permintaan palsu untuk wang atau derma bagi tujuan amal.
Kandungan Cinta yang Dilarang
Ini termasuk:
  • Cubaan penipuan untuk menjalinkan hubungan romantis dalam talian dengan mencari teman atau perhubungan bukan seksual dan menawarkan atau meminta wang atau yang setara sebagai pertukaran.
Kandungan Jenama atau Umpan Selebriti yang Dilarang
Ini termasuk:
  • Scam umpan jenama, yang melibatkan dakwaan palsu untuk mewakili, atau bercakap dengan suara, perniagaan atau entiti yang diwujudkan, berserta dengan taktik mengelirukan untuk mengumpan orang ramai supaya terlibat dengan kandungan tersebut dalam cubaan untuk melakukan scam atau penipuan.
  • Scam umpan selebriti, yang melibatkan penggunaan nama, kemiripan atau imej tokoh masyarakat secara palsu, berserta dengan taktik yang mengelirukan untuk mengumpan orang supaya terlibat dengan kandungan tersebut dalam cubaan untuk melakukan scam atau penipuan.
Kandungan Cepat Kaya yang Dilarang
Ini termasuk:
  • Tawaran peluang ganjaran kewangan yang tidak realistik untuk usaha yang tidak jelas atau minimum.
Kandungan Ketara, Bersifat Keagamaan atau Illuminati yang Dilarang
Ini termasuk:
  • Menawarkan ganjaran ketara, seperti wang, barangan atau perkhidmatan yang mempunyai nilai kewangan termasuk mata wang fizikal, digital dan maya, serta barangan dan perkhidmatan fizikal atau digital untuk keahlian atau menyertai persatuan, kultus, mazhab agama (contohnya, persaudaraan Illuminati).
  • Menawarkan ganjaran nyata untuk menggunakan ilmu hitam atau mantera atau barang ajaib (contohnya, mantera, tangkal, azimat, token, ubat berjampi, dompet ajaib, dsb.).
Kandungan Insurans yang Dilarang
Ini termasuk:
  • Tawaran insurans palsu dengan diskaun yang berlebihan dan meminta bayaran pendahuluan, seperti yuran pentadbiran atau deposit.
  • Tawaran insurans palsu dengan diskaun yang berlebihan dan menjanjikan penjimatan besar untuk insurans berbanding dengan penyedia insurans konvensional.
Kandungan Pekerjaan yang Dilarang
Ini termasuk:
  • Tawaran pekerjaan yang tidak mengandungi maklumat tentang majikan dan spesifikasi pekerjaan, hanya merujuk kepada kekosongan jawatan.
  • Menawarkan kerja dari rumah tetapi jawatan menunjukkan pekerja tidak boleh WFH.
  • Tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lebih awal.
  • Tawaran pekerjaan yang dijamin.
  • Menawarkan pekerjaan dengan meminta bayaran pendahuluan sebelum pekerjaan itu diberikan.
Kandungan Pelepasan Hutang dan Pembaikan Kredit yang Dilarang
Ini termasuk:
  • Berjanji untuk menghapuskan atau mengurangkan hutang sebanyak jumlah tertentu dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Berjanji untuk menghentikan semua kutipan hutang atau tindakan undang-undang.
  • Berjanji untuk mengalih keluar maklumat kredit daripada laporan kredit atau mencipta "identiti kredit" baharu
Kandungan Hadiah Percuma yang Dilarang
Ini termasuk:
  • Tawaran palsu ganjaran yang dijamin bagi wang sebenar atau barangan pengguna (seperti elektronik, kenderaan atau barang kemas) tanpa sebarang tindakan diperlukan oleh pengguna selain berkongsi maklumat peribadi atau kewangan.
  • Tawaran palsu wang daripada geran atau program kerajaan.
Kandungan Yuran Pendahuluan yang Dilarang
Ini termasuk:
  • Menjanjikan wang sebagai pertukaran untuk yuran pendahuluan/pindahan kawat/pembayaran secara palsu.
Walau apa pun yang dinyatakan di atas, kami tidak melarang kandungan yang mengutuk, meningkatkan kesedaran atau mendidik orang lain tentang scam atau amalan komersial lain yang dilarang, tanpa sama ada mendedahkan maklumat sensitif atau menggalakkan perkara tersebut.
Selain mengalih keluar akaun yang melanggar dasar Amalan Perdagangan Terlarang kami, sistem automatik kami mempertimbangkan pelbagai isyarat tingkah laku untuk mengenal pasti dan mengehadkan hubungan yang tidak diingini serta pendedahan kepada aktiviti scam yang berpotensi.
  • Kami mungkin menyahdayakan akaun atau mengehadkan akses kepada produk dan ciri (cth., keupayaan untuk menghantar mesej kepada akaun tertentu) berdasarkan gabungan tingkah laku seperti menghantar mesej yang tidak diingini kepada orang yang tidak anda ikuti, sengaja menyalahgambarkan lokasi anda, atau menjadi pentadbir komuniti (cth. Halaman) yang telah kami alih keluar kerana melanggar dasar scam kami.
Bagi Standard Komuniti yang berikut, kami memerlukan maklumat dan/atau konteks tambahan untuk tujuan penguatkuasaan:
Kami mungkin mengalih keluar kandungan yang:
  • Melibatkan penipuan atau scam yang telah dilaporkan oleh entiti yang dipercayai.
  • Merekrut orang untuk mengambil bahagian dalam tuntutan mahkamah tindakan kumpulan dengan menggunakan taktik yang mengelirukan, seperti menyamar sebagai entiti kerajaan atau saluran berita, atau menggunakan dakwaan yang sensasi atau dibesar-besarkan.
  • Melibatkan entiti yang mengambil bahagian atau mendakwa terlibat dalam tingkah laku penipuan atau scam yang diatur, termasuk penggunaan berbilang akaun pada perkhidmatan kami secara bersama untuk melakukan kegiatan penipuan.
Kami membenarkan kandungan yang dilindungi oleh dasar ini apabila disiarkan dalam konteks kecaman, pendidikan, peningkatan kesedaran, atau pelaporan berita.
Policy Rationale
We aim to protect users and businesses from being deceived out of their money, property, or personal information. To do so, we prohibit content and behavior that employ prohibited commercial practices. This includes false job or government program offers, celebrity and brand bait, investment schemes (including guaranteed returns), debt relief and credit repair schemes, get-rich-quick and giveaway schemes, romance schemes, and charity schemes.
We allow people to raise awareness of, educate others about, and condemn scams and other prohibited commercial practices, provided they do not reveal sensitive information or promote them.
For policies related to Prohibited Documents and Financial Services, see the Restricted Goods and Services Community Standards.
Our enforcement isn’t perfect, and we may not detect all policy violations. To learn more about how to spot deceptive content and what you can do to help protect yourself, visit our Scam Protection Center.
Enforcement
We may take a range of enforcement actions, including but not limited to removing content and ads, reducing distribution, restricting advertising accounts, limiting features, requiring verification, or disabling accounts. These actions may result from our own proactive detection, or be informed by reports from trusted entities and user feedback (described below).
User Feedback
User feedback helps us identify commercial practices that create poor user experiences. We consider signals such as consistent patterns or disproportionate volumes of negative feedback, and we share relevant feedback with advertisers and sellers so they can improve their content and customer satisfaction. Where negative feedback persists despite warnings, we may take the actions above, up to restricting or disabling the responsible accounts or entities. This includes taking enforcement on practices such as:
  • Misleading or unreasonable pricing.
  • Non-delivery: failure to deliver purchased products or services after payment has been made.
  • Product misrepresentation: promoting products or services that materially differ from what was advertised, including significant discrepancies in quality or incorrect items.
  • Unauthorized charges: charging a customer’s payment method without prior authorization or clear disclosure.
  • Violation of return or refund policies: failure to honor stated refund or return policies.
  • Deceptive subscription practices: enrolling customers in recurring payment plans or subscription services without clear disclosure of terms.
  • Links that appear to lead to legitimate commercial sites but instead lead to scam sites.
We do not allow:
Content that uses deceptive tactics to mislead people or businesses for commercial or financial gain, including but not limited to:
Prohibited Loan Content
This includes:
  • Loan offers requiring the user to pay an upfront fee to obtain a loan.
  • Loan offers that guarantee approval without any mention of standard approval criteria, such as financial information from the borrower.
Prohibited Gambling Content
This includes:
  • Offers of real money gambling services (“Real money” is real-world currency that can be used to buy goods or services in the real world, including national currencies such as U.S. Dollars and virtual currencies such as Bitcoin):
    • with a guarantee of winning.
    • implying or admitting to have rigged the outcome of a game or match
    • soliciting people to enable match fixing or looking for help or tips on how to fix a match or game
    • promoting gambling services in deceptive or obfuscated ways (such as unrelated text paired with a gambling promo image/video)
  • Offers that promote services from known deceptive gambling vendors.
Social casino games that simulate gambling with no opportunity to win real money are covered by our Community Standard for Restricted Goods and Services.
Prohibited Investment Content
This includes:
  • Offers of investment opportunities where returns on investment are guaranteed or risk-free.
  • Offers of investment opportunities where returns on investment or compensation is partly or fully based on recruitment of others to participate in the scheme.
  • Offers of investment opportunities claiming or referencing successful past performance or returns to create an expectation of similar future results.
  • Offers of investment opportunities that claim quick returns (such as under 24 hours).
  • Offers to turn a certain sum of money into a larger one through flipping or trick or strategy involving explicit mentions of “cash flip,” "money flip,” or similar terminology.
Prohibited Charity Content
This includes:
  • Fraudulent requests for money or donations for charitable causes.
Prohibited Romance Content
This includes:
  • Fraudulent attempts to establish online romantic relationships by seeking non-sexual companionship or relationship and offering or asking for money or its equivalent in exchange.
Prohibited Brand or Celebrity-Bait Content
This includes:
  • Brand-bait scams, which involve falsely claiming to represent, or speak in the voice of, an established business or entity, together with misleading tactics to bait people into engaging with the content in an attempt to scam or defraud.
  • Celebrity-bait scams, which involve falsely using the name, likeness, or imagery of a public figure, together with misleading tactics to bait people into engaging with the content in an attempt to scam or defraud.
Prohibited Get Rich Quick Content
This includes:
  • Offers of opportunities of unrealistic financial reward for unclear or minimal effort.
Prohibited Tangible, Spiritual or Illuminati Content
This includes:
  • Offers tangible rewards, such as money, goods, or services that have a monetary value including physical, digital and virtual currencies, and physical or digital goods and services for membership in or joining an association, cult, religious sect (for example, the Illuminati brotherhood).
  • Offers tangible rewards for using black magic or spells or magical items (for example, spells, lucky charms, amulets, tokens, potions, magic wallet, etc.).
Prohibited Insurance Content
This includes:
  • Offers of false, heavily discounted insurance with requests for an up-front fee, such as an administration fee or deposit.
  • Offers of false, heavily discounted insurance with promises of significant savings on insurance compared to conventional insurance providers.
Prohibited Job Content
This includes:
  • Offers of jobs containing no information about the employer and job specifications, simply referencing job vacancies.
  • Offers of work from home but the job title implies the employee cannot WFH.
  • Offers of jobs with advance promises of salary.
  • Offers of guaranteed jobs.
  • Offers of jobs with a demand for an advance fee before the job is granted.
Prohibited Debt Relief and Credit Repair Content
This includes:
  • Promises to eliminate or reduce debt by a particular amount in a set period of time.
  • Promises to stop all debt collections or lawsuits.
  • Promises to remove credit information from credit reports or create new "credit identity."
Prohibited Giveaway Content
This includes:
  • False offers of a guaranteed reward of real money or consumer goods (such as electronics, vehicles, or jewelry) without any action required by the user beyond sharing personal or financial information.
  • False offers of money from government grants or programs.
Prohibited Advance Fee Content
This includes:
  • Falsely promises money in exchange for an up-front fee/wire transfer/payment.
Notwithstanding the above, we do not prohibit content that condemns, raises awareness of, or educates others about scams or other prohibited commercial practices, without either revealing sensitive information or promoting them.
In addition to removing accounts that violate our Prohibited Commercial Practices policy, our automated systems consider a range of behavioral signals to help identify and limit unwanted contact and exposure to potential scam activity.
  • We may disable accounts or restrict access to products and features (e.g. the ability to message certain accounts) based on a combination of behaviors such as sending unsolicited messages to people who you do not follow, deliberately misrepresenting your location, or being an admin of communities (e.g. Pages) we have removed for violating our scam policies.
For the following Community Standards, we require additional information and/or context to enforce:
We may remove content that:
  • Involves frauds or scams that have been reported by a trusted entity.
  • Recruits people to participate in class action lawsuits using deceptive tactics, such as impersonating a government entity or news outlet, or using sensationalist or exaggerated claims.
  • Involves entities participating in or claiming to engage in organized fraud or scam behavior, including the use of multiple accounts on our services in concert to perpetrate fraudulent behaviors.
We allow content that is otherwise covered by this policy when posted in condemnation, educational, awareness raising, or news reporting contexts.