Penggunaan Harta Intelek dan Lesen Meta

Butiran dasar

LOG PERUBAHAN
Rasional Dasar
Meta memperuntukkan sumber yang banyak untuk tujuan pembangunan, perlindungan dan penggunaan yang betul bagi harta intelek. Dasar ini membantu dalam memastikan bahawa harta intelek Meta tidak digunakan secara menyalahi undang-undang, tanpa keizinan bertulis daripada kami terlebih dahulu, atau dengan cara yang tidak sejajar dengan Pusat Sumber Jenama kami.
Jangan siar kandungan yang:
  • Penggunaan jenama:
    • Menggunakan hak cipta atau tanda dagangan Meta tanpa keizinan bertulis daripada Meta terlebih dahulu atau melalui cara yang dilarang oleh Pusat Sumber Jenama Meta.
    • Mewakili jenama Meta melalui cara yang menjadikan jenama itu sebagai ciri kreatif yang paling tersendiri atau menonjol.
    • Mengubah suai aset jenama Meta dengan apa-apa cara sekalipun, seperti mengubah reka bentuk atau warna, atau untuk tujuan kesan khas atau animasi.
  • Sokongan jenama:
    • Membayangkan, tanpa keizinan bertulis daripada Meta terlebih dahulu, sokongan atau perkongsian dalam apa-apa bentuk dengan mana-mana jenama Meta.
    • Membayangkan, tanpa keizinan bertulis daripada Meta terlebih dahulu, pengesahan atau sokongan oleh mana-mana jenama (seperti Facebook, Instagram atau WhatsApp), teknologi atau program Meta.
  • Menggambarkan antara muka pengguna bagi sebarang produk dengan cara yang:
    • Merupakan gambaran yang tidak tepat tentang penampilan, ciri atau kefungsian semasa bagi produk tersebut.
    • Mengubah suai antara muka pengguna melalui apa-apa cara, seperti menambah kesan khas, gangguan atau animasi.
    • Menggunakan elemen antara muka pengguna secara berasingan atau individu
    • Tidak menggambarkan antara muka pengguna dalam konteks peranti yang berkaitan seperti mudah alih atau komputer meja.
  • Menggunakan muzik atau kandungan lain dengan cara yang melanggar perjanjian pelesenan muzik Meta.
  • Menstrim kandungan Facebook Watch milik Meta dan/atau dilesenkan secara eksklusif tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu.
  • Menggunakan hak harta intelek yang dimiliki oleh Meta tanpa keizinan bertulis terlebih dahulu.
  • Menggunakan tanda yang mengelirukan yang serupa dengan tanda dagangan Meta.
Kami Mengalih Keluar:
  • Akaun yang terlibat dalam pelanggaran dasar ini secara berulang, termasuk dengan mencipta akaun baharu selepas dialih keluar.
Kami membenarkan kandungan yang menggunakan hak harta intelek yang dimiliki dan/atau dilesenkan oleh Meta melalui cara yang:
  • Dibenarkan secara jelas oleh Meta secara bertulis, dan/atau
  • Selaras dengan garis panduan pada Pusat Sumber Jenama Meta.
Pengalaman pengguna
Lihat beberapa contoh fungsi penguatkuasaan untuk orang ramai pada Facebook, seperti: cara melaporkan sesuatu yang pada pendapat anda tidak sepatutnya ada pada Facebook, pemberitahuan bahawa anda telah melanggar Standard Komuniti kami dan paparan skrin amaran pada kandungan tertentu.
Nota: Kami sentiasa cuba menambah baik perkhidmatan kami, maka perkara yang anda lihat di sini mungkin sedikit ketinggalan berbanding dengan yang kami gunakan sekarang.
PENGALAMAN PENGGUNA
Pelaporan
PENGALAMAN PENGGUNA
Komunikasi selepas laporan
PENGALAMAN PENGGUNA
Pengalaman penurunan
PENGALAMAN PENGGUNA
Skrin amaran
Penguatkuasaan
Kami mempunyai dasar yang sama di seluruh dunia untuk semua orang pada Facebook.
Pasukan semakan
Pasukan global kami yang terdiri daripada lebih 15,000 penyemak bekerja setiap hari untuk memastikan keselamatan pengguna pada Facebook.
Penglibatan pihak berkepentingan
Pakar luar, ahli akademik, NGO dan penggubal dasar membantu untuk merangka Standard Komuniti Facebook.
Dapatkan bantuan bagi penggunaan harta intelek dan lesen Meta
Ketahui perkara yang boleh anda lakukan jika anda melihat sesuatu pada Facebook yang bertentangan dengan Standard Komuniti kami.
Lawati Pusat Bantuan kami