Kandungan, Produk atau Perkhidmatan yang Menyalahi Undang-undang Tempatan

Butiran dasar

LOG PERUBAHAN
Rasional Dasar
Apabila pengawal selia atau entiti kerajaan percaya bahawa kandungan pada perkhidmatan kami bertentangan dengan undang-undang tempatan, mereka mungkin meminta kami mengehadkan kandungan tersebut. Entiti bukan kerajaan dan orang awam juga boleh menghantar laporan yang mendakwa kandungan adalah menyalahi undang-undang. Kami juga mungkin menerima perintah mahkamah.
Apabila kami menerima laporan atau perintah, kami mula-mula menyemak laporan atau perintah tersebut mengikut Standard Komuniti. Jika kami menentukan bahawa kandungan itu bertentangan dengan dasar kami, kami akan mengalih keluar kandungan tersebut. Jika kandungan tidak bertentangan dengan dasar kami, selaras dengan komitmen kami sebagai ahli Inisiatif Rangkaian Global dan Dasar Hak Asasi Manusia Korporat kami, kami menjalankan semakan undang-undang yang teliti serta usaha wajar hak asasi manusia untuk menentukan sama ada laporan itu adalah sah.
Dalam kes apabila kami percaya bahawa laporan tersebut tidak sah di sisi undang-undang, terlalu luas, atau tidak selari dengan standard hak asasi manusia antarabangsa, kami mungkin meminta penjelasan atau tidak mengambil tindakan.
Apabila kami bertindak terhadap kandungan pengguna berdasarkan undang-undang tempatan dan bukannya Standard Komuniti kami, kami berusaha untuk mengehadkan akses kepada kandungan tersebut hanya dalam bidang kuasa apabila kandungan tersebut didakwa menyalahi undang-undang dan tidak mengenakan sebarang penalti atau sekatan ciri yang lain. Kami juga memaklumkan kepada pengguna yang terjejas.
Kami juga menerbitkan laporan yang memperincikan cara kami menilai laporan kandungan yang melanggar undang-undang tempatan dan keadaan apabila kami mengehadkan akses kepada kandungan dalam kes sedemikian, yang tersedia di sini.
Pengalaman pengguna
Lihat beberapa contoh fungsi penguatkuasaan untuk orang ramai pada Facebook, seperti: cara melaporkan sesuatu yang pada pendapat anda tidak sepatutnya ada pada Facebook, pemberitahuan bahawa anda telah melanggar Standard Komuniti kami dan paparan skrin amaran pada kandungan tertentu.
Nota: Kami sentiasa cuba menambah baik perkhidmatan kami, maka perkara yang anda lihat di sini mungkin sedikit ketinggalan berbanding dengan yang kami gunakan sekarang.
PENGALAMAN PENGGUNA
Pelaporan
PENGALAMAN PENGGUNA
Komunikasi selepas laporan
PENGALAMAN PENGGUNA
Pengalaman penurunan
PENGALAMAN PENGGUNA
Skrin amaran
Penguatkuasaan
Kami mempunyai dasar yang sama di seluruh dunia untuk semua orang pada Facebook.
Pasukan semakan
Pasukan global kami yang terdiri daripada lebih 15,000 penyemak bekerja setiap hari untuk memastikan keselamatan pengguna pada Facebook.
Penglibatan pihak berkepentingan
Pakar luar, ahli akademik, NGO dan penggubal dasar membantu untuk merangka Standard Komuniti Facebook.
Dapatkan bantuan berkenaan dengan kandungan, produk atau perkhidmatan haram tempatan
Ketahui perkara yang boleh anda lakukan jika anda melihat sesuatu pada Facebook yang bertentangan dengan Standard Komuniti kami.
Lawati Pusat Bantuan kami