Rasional Dasar
Kami maklum bahawa keselamatan pengguna kami merangkumi keselamatan maklumat peribadi mereka, akaun, profil dan entiti Meta lain yang mungkin diurus oleh mereka, serta produk dan perkhidmatan kami secara lebih meluas. Percubaan untuk mengumpulkan maklumat peribadi yang sensitif atau membuat akses yang tidak dibenarkan menerusi kaedah yang menipu atau menceroboh adalah membahayakan suasana yang asli, terbuka dan selamat yang ingin kami pupuk.
Kami tidak membenarkan orang:
Percubaan untuk menceroboh atau mengakses akaun melalui cara yang tidak dibenarkan, termasuk:
Mengakses akaun, profil atau entiti Meta yang lain, selain milik sendiri melalui cara yang mengelirukan atau tanpa keizinan jelas daripada pemilik akaun, profil atau entiti.
Mendapatkan, memperoleh atau meminta maklumat log masuk pengguna lain, maklumat peribadi atau maklumat pengguna sensitif lain untuk tujuan akses yang tidak dibenarkan, termasuk melalui taktik berikut:
Pemancingan data, ditakrifkan sebagai amalan mencipta komunikasi atau laman web yang direka agar kelihatan seperti komunikasi atau laman web yang lebih dipercayai atau bereputasi untuk tujuan memperoleh maklumat pengguna sensitif secara penipuan.
Kejuruteraan Sosial, seperti percubaan berulang atau konsisten untuk mendapatkan atau memperoleh jawapan bagi soalan pemulihan akaun atau kata laluan yang lazim.
Perisian Hasad, Greyware, Perisian Intip atau kod perisian hasad lain, seperti yang diterangkan di bawah.
Percubaan untuk berkongsi, membangunkan, mengehoskan atau mengedarkan kod berniat jahat atau berbahaya, termasuk:
Menggalakkan atau memperdaya pengguna agar memuat turun atau menjalankan fail, aplikasi atau program yang akan menceroboh keselamatan dalam talian atau data pengguna termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Perisian hasad, ditakrifkan sebagai kod atau perisian yang direka untuk membahayakan atau mendapatkan akses yang tidak dibenarkan kepada sistem. Ini termasuk program yang direka untuk merosakkan sistem komputer, serta perisian yang direka bagi mengeluarkan wang daripada mangsa, seperti perisian tebusan.
Perisian pengintip, ditakrifkan sebagai kod atau perisian yang mengumpulkan data tentang pengguna dan menghantar data itu kepada pihak ketiga tanpa persetujuan pengguna, atau yang menggunakan data untuk tujuan haram (cth., pemerasan seks, pemerasan, akses haram kepada sistem).
Greyware, ditakrifkan sebagai kod atau perisian yang menjejaskan penggunaan perkakasan atau perisian dan mungkin sukar untuk dialih keluar daripada sistem atau rangkaian komputer.
Mencipta, berkongsi atau mengehoskan perisian hasad termasuk sambungan pelayar dan aplikasi mudah alih, pada atau luar platform yang membahayakan pengguna atau produk dan perkhidmatan kami.
Mengancam, mengakui atau membenarkan penggodaman - Termasuk dengan berkongsi atau mengiklankan perisian, kursus atau produk yang membolehkan orang ramai memintas sistem keselamatan, termasuk perisian yang menggalakkan penggodaman perisian atau butiran kelayakan
Menyediakan infrastruktur dalam talian termasuk perkhidmatan hos domain, pelayan sistem nama domain dan rangkaian iklan yang mendayakan pautan bersifat mengganggu, malah sebahagian besar pautan itu pada perkhidmatan kami melanggar bahagian spam atau keselamatan siber bagi Standard Komuniti.