Menyelaraskan Kemudaratan dan Menggalakkan Jenayah

Butiran dasar

LOG PERUBAHAN
Rasional Dasar
Dalam usaha untuk mencegah dan menghalang kemudaratan luar talian dan tingkah laku peniruan, kami melarang orang ramai mempermudah, mengatur, menganjurkan, atau mengakui kegiatan jenayah atau berbahaya tertentu yang disasarkan kepada orang, perniagaan, harta benda atau haiwan. Kami membenarkan orang ramai membahaskan dan mendukung kesahan kegiatan jenayah dan berbahaya, serta menarik perhatian terhadap aktiviti berbahaya atau jenayah yang mungkin disaksikan atau dialami oleh mereka asalkan mereka tidak mendukung atau menyelaraskan kemudaratan.
Kami Mengalih Keluar:
Kemudaratan terhadap orang ramai
  • Pendedahan: mendedahkan identiti atau lokasi yang dikaitkan dengan sesiapa sahaja yang didakwa:
    • Menjadi ahli kumpulan berisiko terhadap pendedahan; dan/atau
    • Berkongsi perhubungan kekeluargaan dan/atau romantik dengan ahli kumpulan yang berisiko terhadap pendedahan; dan/atau
    • Telah melakukan aktiviti profesional untuk menyokong kumpulan yang berisiko terhadap pendedahan (kecuali untuk tokoh politik)
  • Mendedahkan status penyamaran penguatkuasaan undang-undang, tentera, atau kakitangan keselamatan jika kandungan mengandungi nama ejen, muka atau lencana mereka dan sebarang perkara yang berikut:
    • Organisasi penguatkuasaan undang-undang ejen
    • Operasi penguatkuasaan undang-undang ejen
    • Sebutan secara jelas tentang status penyamaran mereka
  • Menyelaras, mengugut, menyokong, atau mengakui telah memukul kecuali dalam konteks untuk meningkatkan kesedaran atau kecaman, latar fiksyen atau diatur atau pembebasan.
  • Menggambarkan, mempromosi, mendukung atau mendorong penyertaan dalam cabaran tular berisiko tinggi kecuali dalam konteks untuk meningkatkan kesedaran atau kecaman. Apabila terdapat imej dalam konteks ini,, kami menyertakan label agar orang menyedari bahawa kandungan itu mungkin bersifat sensitif.
Kemudaratan terhadap haiwan
  • Menyelaras, mengugut, menyokong atau mengakui telah melakukan kemudaratan fizikal terhadap haiwan (secara bertulis, visual atau lisan) kecuali dalam kes:
    • Meningkatkan kesedaran atau kecaman
    • Penebusan
    • Kelangsungan hidup atau pertahanan diri, manusia lain atau haiwan lain
    • Latar fiksyen atau diatur KECUALI jika menggambarkan pelagaan haiwan yang diatur atau usaha menyelamatkan haiwan yang palsu
    • Memburu atau memancing
    • Korban keagamaan
    • Penyediaan atau pemprosesan makanan
    • Haiwan perosak
    • Pembunuhan belas kasihan
    • Laga lembu
  • Menyelaras, mengancam, menyokong, menggambarkan atau mengakui pelagaan haiwan yang diatur atau menggambarkan imej video penyelamatan haiwan palsu kecuali dalam konteks meningkatkan kesedaran atau kecaman atau penebusan.
Merosakkan harta benda
  • Menyelaraskan, mengugut, menyokong atau mengakui telah melakukan laku musnah atau pencurian (secara bertulis, visual atau lisan), kecuali dalam konteks
    • Meningkatkan kesedaran atau kecaman,
    • Penebusan,
    • Latar fiksyen atau diatur ,
    • Mengakui dalam konteks untuk mempertahankan diri, atau manusia lain
    • menggambarkan vandalisme dalam konteks bantahan,
    • menggambarkan grafiti, atau
    • berbicara secara positif tentang vandalisme dan kecurian yang dilakukan oleh orang lain.
Penipuan pengundi dan/atau banci
  • Tawaran untuk membeli atau menjual undian dengan wang tunai, hadiah, perkhidmatan atau barangan kebendaan yang lain, kecuali jika dikongsi dalam bentuk kecaman, meningkatkan kesedaran, pelaporan berita atau konteks jenaka atau sindiran.
  • Menyokong, memberikan arahan atau menunjukkan niat yang jelas untuk menyertai pengundian yang menyalahi undang-undang (contoh, mengundi dua kali atau mengada-adakan kelayakan mengundi anda), atau proses banci (contoh, menyalahgambarkan maklumat demografi atau bilangan isi rumah anda) kecuali jika dikongsi dalam konteks kutukan, meningkatkan kesedaran, laporan berita atau jenaka mahupun sindiran.
Untuk kandungan yang berikut, kami menyertakan label agar orang ramai menyedari bahawa kandungan itu mungkin bersifat sensitif:
  • Imej yang menggambarkan cabaran tular berisiko tinggi sekiranya dikongsi melalui cara yang mengecam atau meningkatkan kesedaran tentang risiko yang berkaitan.
Untuk kandungan yang berikut, kami mengehadkan keupayaan melihat kandungan tersebut kepada orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas:
  • Imejan yang menggambarkan bentuk pemanduan kenderaan bermotor yang berbahaya yang boleh mengakibatkan kecederaan yang mengancam nyawa atau kematian kepada pemandu atau orang lain, kecuali jika dikongsi dalam konteks fiksyen atau profesional.
Bagi Standard Komuniti yang berikut, kami memerlukan maklumat dan/atau konteks tambahan untuk tujuan penguatkuasaan:
Kami Mengalih Keluar:
  • Pendedahan: mendedahkan identiti seseorang dan meletakkan mereka dalam risiko kemudaratan:
    • Ahli LGBTQIA+
    • Wanita yang tidak bertudung
    • Individu yang tidak disabitkan sebagai pemangsa dalam konteks Operasi Penyamaran pemangsa seksual
    • Individu yang terlibat dalam kes undang-undang, apabila penglibatan mereka dihadkan daripada pendedahan awam
    • Saksi, pemberi maklumat, aktivis, orang yang ditahan atau tebusan
    • Pembelot, apabila dilaporkan oleh saluran kerajaan yang boleh dipercayai
    • Tawanan perang, dalam konteks konflik bersenjata
  • Gambaran yang berkemungkinan memperdayakan orang ramai tentang asal gambaran tersebut, sekiranya:
    • Entiti yang digambarkan atau wakil yang sah membantah gambaran tersebut, dan
    • Gambaran tersebut berkemungkinan mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.
  • Pernyataan niat, seruan tindakan atau galakan untuk sama ada:
    • Menyekat akses kepada perkhidmatan penting apabila terdapat pengesahan atau pengesahan yang tersedia secara umum bahawa kenderaan kecemasan disekat, ATAU
    • Menyasarkan individu atau kumpulan tertentu dengan menyekat akses mereka kepada perkhidmatan penting atau laluan tanpa halangan dengan cara yang boleh mengancam keselamatan mereka
  • Campur tangan pengundi atau banci, termasuk:
    • Menyeru campur tangan terancang yang akan mempengaruhi keupayaan individu untuk menyertai pilihan raya atau banci rasmi.
    • Mendakwa bahawa penyertaan mengundi atau banci mungkin atau akan mengakibatkan penguatkuasaan undang-undang (sebagai contoh, penangkapan, pengusiran atau pemenjaraan).
    • Ancaman untuk pergi ke tapak pilihan raya untuk memantau atau melihat aktiviti pengundi atau pegawai pilihan raya jika digabungkan dengan rujukan yang berunsur gertakan (cth., “Mari tunjukkan kepada mereka siapa bos!,”, “Mereka mahu perang? Kita akan berperang dengan mereka.”).
    • Ancaman untuk pergi ke tapak aktiviti selepas pilihan raya jika digabungkan dengan rujukan yang berunsur gertakan (cth., “Mari tunjukkan kepada mereka siapa bos!,”, “Mereka mahu perang? Kita akan berperang dengan mereka.”).
Pengalaman pengguna
Lihat beberapa contoh fungsi penguatkuasaan untuk orang ramai pada Facebook, seperti: cara melaporkan sesuatu yang pada pendapat anda tidak sepatutnya ada pada Facebook, pemberitahuan bahawa anda telah melanggar Standard Komuniti kami dan paparan skrin amaran pada kandungan tertentu.
Nota: Kami sentiasa cuba menambah baik perkhidmatan kami, maka perkara yang anda lihat di sini mungkin sedikit ketinggalan berbanding dengan yang kami gunakan sekarang.
PENGALAMAN PENGGUNA
Pelaporan
PENGALAMAN PENGGUNA
Komunikasi selepas laporan
PENGALAMAN PENGGUNA
Pengalaman penurunan
PENGALAMAN PENGGUNA
Skrin amaran
Penguatkuasaan
Kami mempunyai dasar yang sama di seluruh dunia untuk semua orang pada Facebook.
Pasukan semakan
Pasukan global kami yang terdiri daripada lebih 15,000 penyemak bekerja setiap hari untuk memastikan keselamatan pengguna pada Facebook.
Penglibatan pihak berkepentingan
Pakar luar, ahli akademik, NGO dan penggubal dasar membantu untuk merangka Standard Komuniti Facebook.
Dapatkan bantuan berkenaan dengan menyelaraskan kemudaratan dan menggalakkan jenayah
Ketahui perkara yang boleh anda lakukan jika anda melihat sesuatu pada Facebook yang bertentangan dengan Standard Komuniti kami.
Lawati Pusat Bantuan kami