Perwakilan Identiti Sahih

Butiran dasar

LOG PERUBAHAN
Rasional Dasar
Kesahihan ialah asas kepada komuniti kami. Kami percaya bahawa kesahihan membantu dalam mewujudkan komuniti yang saling bergantung antara satu sama lain dan juga Meta, dengan cara yang bermakna. Kami ingin membenarkan banyak cara pengungkapan identiti di seluruh komuniti global kami, sambil mencegah penyamaran dan penyalahgambaran identiti. Untuk mengekalkan persekitaran yang selamat dan terbuka agar orang ramai boleh mempercayai satu sama lain dan membina komuniti, kami tidak membenarkan penciptaan akaun atau profil yang dicipta atau digunakan untuk menipu orang lain.
Di Facebook, kami menghendaki orang ramai mencipta satu akaun menggunakan nama yang mereka gunakan dalam kehidupan seharian yang mewakili identiti sahih mereka. Kami mencipta Profil Tambahan untuk membantu orang ramai menyatakan bahagian identiti mereka yang berbeza, seperti minat atau perniagaan mereka.
Kami tidak membenarkan penggunaan perkhidmatan kami dan akan mengehadkan atau menyahdayakan akaun Facebook, Instagram dan Threads atau entiti Facebook lain (seperti Halaman, kumpulan) yang:
  • Kepunyaan kanak-kanak bawah umur
  • Menyamar sebagai orang atau entiti lain dengan:
    • Menggunakan imej, nama atau kemiripan mereka dengan tujuan untuk menipu orang lain
    • Bercakap dalam suara orang atau entiti lain yang pengguna tidak dibenarkan berbuat demikian (cth. dengan mencipta Halaman atau Profil)
  • Melakukan pemalsuan identiti untuk mengelirukan atau memperdaya orang lain, mengelak penguatkuasaan atau melanggar Standard Komuniti kami. Kami mempertimbangkan beberapa faktor semasa menilai salah nyata identiti yang mengelirukan, seperti:
    • Perubahan berulang atau ketara pada butiran identiti, seperti nama atau umur
    • Maklumat profil yang mengelirukan, seperti butiran biografi dan lokasi profil
    • Menggunakan imej simpanan
  • Menggunakan nama yang mengandungi pelanggaran terhadap Standard Komuniti kami.
Di Facebook, kami akan mencari maklumat lanjut sebelum mengambil tindakan termasuk pengehadan sementara dan penyahdayaan akaun Facebook secara kekal jika anda:
  • Memberikan tarikh lahir palsu
  • Menggunakan nama yang bukan nama sahih yang anda gunakan dalam kehidupan seharian
  • Mencipta akaun tunggal yang mewakili atau digunakan oleh lebih daripada seorang
  • Mencipta atau mengekalkan berbilang akaun Facebook
  • Cipta akaun yang mewakili entiti bukan manusia seperti perniagaan, haiwan kesayangan atau watak rekaan
  • Mengekalkan profil kosong yang sudah lama tidak aktif
Pengalaman pengguna
Lihat beberapa contoh fungsi penguatkuasaan untuk orang ramai pada Facebook, seperti: cara melaporkan sesuatu yang pada pendapat anda tidak sepatutnya ada pada Facebook, pemberitahuan bahawa anda telah melanggar Standard Komuniti kami dan paparan skrin amaran pada kandungan tertentu.
Nota: Kami sentiasa cuba menambah baik perkhidmatan kami, maka perkara yang anda lihat di sini mungkin sedikit ketinggalan berbanding dengan yang kami gunakan sekarang.
PENGALAMAN PENGGUNA
Pelaporan
PENGALAMAN PENGGUNA
Komunikasi selepas laporan
PENGALAMAN PENGGUNA
Pengalaman penurunan
PENGALAMAN PENGGUNA
Skrin amaran
Penguatkuasaan
Kami mempunyai dasar yang sama di seluruh dunia untuk semua orang pada Facebook.
Pasukan semakan
Pasukan global kami yang terdiri daripada lebih 15,000 penyemak bekerja setiap hari untuk memastikan keselamatan pengguna pada Facebook.
Penglibatan pihak berkepentingan
Pakar luar, ahli akademik, NGO dan penggubal dasar membantu untuk merangka Standard Komuniti Facebook.
Dapatkan bantuan berkenaaan dengan perwakilan identiti sahih
Ketahui perkara yang boleh anda lakukan jika anda melihat sesuatu pada Facebook yang bertentangan dengan Standard Komuniti kami.
Lawati Pusat Bantuan kami