Di Meta, kami komited untuk memberi orang ramai kebebasan bersuara dan menjaga keselamatan mereka.
Sejak 2016, kami telah menggunakan strategi yang dipanggil "alih keluar, kurangkan, maklumkan" untuk mengurus kandungan merentasi teknologi Meta.
Hal ini bermakna kami mengalih keluar kandungan berbahaya yang bertentangan dengan dasar kami, mengurangkan pengedaran kandungan bermasalah yang tidak melanggar dasar kami dan memaklumkan konteks tambahan kepada orang ramai supaya mereka dapat menentukan perkara yang mahu diklik, dibaca atau dikongsi.
Untuk menyokong strategi ini, kami menyediakan dasar yang menerangkan perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan pada teknologi kami. Pasukan kami bekerjasama untuk membangunkan dasar dan menguatkuasakan dasar kami. Strategi ini berfungsi dengan cara yang berikut.
1
Kami bekerjasama dengan pakar global dalam bidang teknologi, keselamatan awam dan hak asasi manusia untuk menggubal dan mengemas kini dasar kami.
2
Kami membangunkan ciri untuk keselamatan, supaya orang ramai dapat melaporkan kandungan dan menyekat, menyembunyikan atau menyahikut akaun.
3
Kami menguatkuasakan dasar kami menggunakan teknologi dan semakan manusia.
Kami menjaga keselamatan orang ramai dan memikul tanggungjawab dengan berkongsi laporan dasar, penguatkuasaan dan ketelusan kami.
Dasar kami
Dasar kami menentukan perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan pada teknologi Meta. Jika kandungan bertentangan dengan dasar kami, kami akan mengambil tindakan terhadap kandungan tersebut.
Penguatkuasaan kami
Kami menggunakan teknologi dan pasukan semakan untuk mengesan, menyemak dan mengambil tindakan terhadap jutaan kandungan setiap hari pada Facebook dan Instagram.
Laporan ketelusan kami
Kami menerbitkan laporan ketelusan berkala untuk menunjukkan kepada orang ramai tentang perkembangan kami dalam usaha menguatkuasakan dasar kami.
Pendekatan kami untuk menerangkan kedudukan
Sistem kecerdasan buatan (AI) memberikan maklumat tentang kedudukan kandungan untuk pelbagai pengalaman pada produk Meta, seperti melihat Suapan Facebook, menonton reel pada Instagram atau melayari Marketplace Facebook.
Kemas kini terkini